Calender menunjukkan bahawa hari ini adalah hari selasa bersamaan 21 april 2009. Ini bermakna bahawasanya saya, mr edil, bernombor matrik 06390xx telah berada di minggu2 terakhir sebelum berlakunya final exam. Ini juga menunjukkan bahawasanya minggu2 yang boring bagi saya hampir tamat.

Hati saya berkobar2 untuk cepat menghabiskan minggu2 tersebut. ahahaha.. kepada siapa2 yang amik short sem juga diucapkan semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki.. eh selamat menjawab dengan cemerlang.. khasnya kepada insan teristimewa saya dan juga mereka2 yang sekelas dengan saya.. all the best ya.. ganbatte kudasai~!!

Sepanjang minggu2 kebosanan saya sem ini, saya selalu balik rumah. sebab amatlah boring duduk di vista tanpa rakan2 dan taulan.. walaupun dirumah bosan juga, tetapi kadang2 ade juga perkara2 yang menarik berlaku.. antaranya..

Minggu lepas dirumah saya, saya terjumpa seekor anak burung yang jatuh dari sangkarnya yang terletak kira2 tak sampai 1 meter pun dari rumah saya.. sangkar tersebut sebenarnya terletak di lampu luar rumah saya.. anak burung tersebut sangatlah comel..kot.. boleh la.. dan ia sangatlah sopan-santun dan berbudi bahasa.. maksud saya dia baik saja.. tidak meracau dan tidak menggeget juga.. disini saya lampirkan beberapa pose darinya..

bur1
oh comelnya ia.. comel kah? comel lg dr korang lah!

bur2
cubaan utk menjadi model gigi..

Oh ya! ada satu news juga.. semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke vista, saya singgah sebentar di stesen minyak petronas di telok panglima garang. Sedang lena saya mengisi minyak, saya ternampak sebuah kereta bomba yang sedang tergesa2 memecut laju kearah banting. Dalam jangkaan saya, ini mesti ade kecelakaan jalan raya ni.. kemudian saya teruskan perjalanan seperti biasa.. apabila tiba di simpang pulau carey, saya ternampak segerumbulan awan yang hitam~ hati kecilku berkata.. ini mesti ade rumah terbakar nii.. saya pun terus dan terus.. sambil2 tu saya sempat mencapai n82 saya utk men-snap beberapa pic..

fire1
2 km lg..

fire2
1 km..

fire3
dekat lagi.. dan lagi..

fire4
kawasan kejadian.. kilang perabot terbakar oohhh!

time lalu depan tu waahhhh cam nak kiamat je kat atas gelappp.. dan lagi.. aku tak paham kenapa la orang ramai dok sibok2 berenti kat tepi tu.. buat jalan jem je.. sakai sungguh.. rase nak sepak je seko2.. huahuahua.. okeylah.. utk maklumat yang lebih lanjut, silalah baca di paperr yaa..

Harian Metro

begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya melihat kebakaran secara live.. oke lah sekian sahaja entry untuk kali ini..